Tuesday, February 1, 2011

Renung@n h@t!...

Semalam saya baca sebuah artikel "nangislah,kau akan menjadi kuat!"

'Orang kecil menangis kerana hal yang kecil,orang cerewet(?) menangis kerana hal
yang remeh dan orang yang berjaya kerana hal yang besar.Lihat contohnya :Nabi
Muhammad sendiri menangis kerana sesuatu yang agung.

KENAPA KITA MENANGIS?
1.Kita merasa sedih dengan sesuatu.
2.Kita ingin menangis untuk melegakan hati kita yang sedang luka.
3.Kita merasa kerdil di hadapan-Nya.
4.Kita tidak dapat menahan sakit yang amat sangat.
5.Kita merasa gembira dengan pencapaian.

Kita semua menangis kerana mempunyai sebab kita yang tersendiri.Tetapi,cara kita
meluahkannya berbeza.Yang pasti,kita akan menjadi semakin kuat dan tabah apabila
kita menangis.Oleh itu,wahai pembaca blog saya,menangislah sepuas hati anda jika
anda teringin untuk menangis.