Sunday, May 26, 2013

Kematian itu paling dekat~

   Semalam,,,atuk sedara saya sudah selamat dijemput Ilahi,,,dia dijemput dalam keadaan yang dipermudahkan...alangkah untungnya... kita jadi hamba-Nya mesti dapat mati dalam keadaan beriman dan tidak dilaknat,,, langkah pertama untuk mengelakkan siksaan kubur~
   Dengan apa yang berlaku ini,,kita mesti sedar Allah memberi nikmat dan petunjuk...nikmat bahawa kita masih hidup dan diberi peluang untuk memp;unyai lebih banyak masa untuk bertaubat,,,dan membuat lebih banyak kebaikan,,manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan dan dosa setepatnya,,oleh itu,,,kita kena usaha untuk tebus dengan air mata penyesalan serta pahala...
   PETUNJUK bagi sesiapa yang dapat mengertinya,,,kerana petunjuk bukan untuk semua hanya untuk yang dikehendaki-Nya sahaja...Dia mengingatkan kematian itu dekat,,perlunya kita mengumpul bekalan ilmu akhirat untuk Hari Ketentuan,,orang akan menginsafi kesilapan diri dan betapa khilafnya mereka~
untung sungguh bagi mereka yang mendapat rahmat petunjuk-Nya...
   Mari kita bersama-sama memperbaik diri dan berhijarah,,,manusia itu tidak sempurna,,,tetapi Allah telah membuka baginya peluang yang banyak untuk berhijrah,,kalau ade kesilapan dalam olahan ini,,harap perbetulkan,,,
Akhir kata mari sedekahkan al-Fatihah buat atuk sedara saya,,,al-Fatihah,,,
semoga rohnya dicucuri rahmat dan keampunan,,,Amin~~
                               (^_^)

No comments:

Post a Comment